Sunday, July 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki M’sia didenda $7,000 atas pelbagai kesalahan

    Oleh Rafidah Jumat

     

    pg06_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Feb – Seorang lelaki warga Malaysia yang mengaku bersalah atas pertuduhan memindahkan wang, memiliki dadah dan memiliki peralatan mengambil dadah dijatuhi hukuman denda $7,000 oleh Mahkamah Majistret, semalam.

    Jika Ng Wook Quak, 48, gagal membayar denda tersebut, Majistret Kanan Azrimah binti Haji Abdul Rahman memerintahkannya untuk menjalani hukuman penjara selama tujuh bulan.

    Ng Wook Quak didakwa memindahkan wang bernilai AS$20,000 dari negara ini ke Malaysia tanpa membuat pengisytiharan mengenai pemindahan tersebut.

    Mana-mana pemindahan dengan jumlah melebihi $15,000 wang Brunei, perlu diisytiharkan terlebih dahulu.

    Dia juga berdepan tuduhan memiliki 0.1868 gram metamfetamin dan memiliki peralatan mengambil dadah pada tarikh dan tempat yang sama.

    Dia ditahan di kawasan pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei sekitar jam 9:46 pagi pada 2 April 2014 oleh anggota polis yang bertugas sebaik menerima maklumat mengenai tertuduh yang dipercayai terlibat dalam kegiatan dadah.

    Pemeriksaan yang dilakukan terhadap tertuduh menemukan bahan berhablur, peralatan untuk mengambil dadah dan wang AS$20,000.

    Tertuduh mengakui memiliki dadah itu manakala wang itu adalah milik abangnya untuk tujuan membeli bahan projek.

    Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Yvonne Lim.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda