Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Lelaki nafi 15 pertuduhan seksual

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OGOS – Seorang lelaki penduduk tetap berusia 41 tahun telah menafikan 15 pertuduhan melakukan kesalahan seksual yang dikemukakan oleh pendakwa raya di Mahkamah Tinggi, kelmarin.

    Dakwaan menyatakan bahawa defendan melakukan kesalahan itu terhadap dua anak saudara perempuannya berusia 18 dan 15 tahun. Pertuduhan pertama hingga ke-8 mendakwa defendan telah merogol mangsa berusia 18 tahun, satu cubaan merogol dan selebihnya membuat mangsa melakukan perbuatan seksual sambil merakam video tanpa pengetahuan mangsa.

    Pertuduhan ke-9 hingga ke-15 mendakwa defendan telah merogol mangsa berusia 15 tahun dua kali, tiga pertuduhan mencabul kehormatan mangsa dan dua pertuduhan merakam video lucah mangsa bawah umur melakukan perbuatan seksual terhadapnya.

    Dakwaan berkenaan dikatakan berlaku antara 2021 sehingga tahun ini.

    Pada prosiding itu, permohonan defendan untuk dibebaskan dengan ikat jamin telah ditolak oleh Pesuruhjaya Kehakiman Muhammed Faisal bin Pehin Datu Juragan Laila Diraja Kolonel (B) Dato Seri Pahlawan Haji Kefli.

    Mahkamah bersetuju dengan bantahan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Fitri binti Kiprawi terhadap permohonan defendan dengan menyebut keseriusan pertuduhan yang dihadapi oleh defendan, dan kemungkinan defendan mengganggu keterangan mangsa, kerana mereka merupakan anak saudaranya sendiri.

    Mahkamah kemudian menangguhkan kes sehingga 15 September untuk menetapkan tarikh perbicaraan kes tersebut.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...