Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Lelaki nafi cabul anak saudara

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 SEPT – Seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun telah menafikan pertuduhan mencabul kehormatan anak saudaranya berusia 12 tahun, semasa dihadapkan di Mahkamah Perantaraan, di sini, hari ini.

    Pertuduhan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Fitri Kiprawi terhadap defendan mendakwa defendan memeluk anak saudara perempuannya di baha-gian pinggang semasa dia berbaring mengiring di atas katil dalam bilik tidur di sebuah rumah pada pukul 3 pagi, 16 September.

    Pihak pendakwaan membantah permohonan defendan untuk dibebaskan dengan ikat jamin mahkamah, atas alasan dia menghadapi kesalahan berat, membawa hukuman minimum tiga tahun dan penjara maksimum 10 tahun.

    Pihak pendakwaan juga berhujah bahawa terdapat risiko tinggi defendan mengganggu saksi pendakwaan kerana dia tinggal serumah dengan mangsa dan saksi pendakwaan lain terdiri daripada ahli keluarga yang lain.

    Hakim Mahkamah Perantaraan, Radin Safiee Radin Mas Basiuni menangguhkan kes untuk membuat keputusan esok, berhubung permohonan ikat jamin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...