Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Lelaki nafi miliki senjata

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV – Pihak pendakwa kelmarin menghadapkan lebih banyak pertuduhan terhadap seorang lelaki berusia 40 tahun yang didakwa memiliki senjata.

    Mohamad Bojie bin Haji Mos telah menafikan tiga pertuduhan, sambil menambah dalam pembelaannya bahawa tiada bukti yang membawa kepada pertuduhan terhadapnya.

    Dia didakwa mengacukan sabit di sebuah berek di Jalan Dermawangsa, Kuala Belait pada pukul 9 malam, 13 November lalu.

    Pertuduhan khianat menyatakan dia merosakkan dua kereta dengan menggunakan sabit semasa berada di berek.

    Dia juga didakwa memegang sebilah pisau karambit dan sebilah sabit di sebuah tempat kediaman di STKRJ Kampung Mumong pada pukul 7 malam 26 Disember 2021.

    Pendakwa Nur Zahidah Farhanah binti Abdul Aziz membantah pembebasan ikat jamin defendan.

    Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid memerintahkan defendan ditahan reman dan menangguhkan kes kepada 3 Disember depan untuk tarikh perbicaraan ditetapkan.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...