Sunday, April 2, 2023
24.6 C
Brunei

-

Lelaki nafi tolak polis

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 MAC – Seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret kelmarin bagi pertuduhan kekerasan jenayah ke atas anggota polis yang bertugas.

Mohammad Amiruddin bin Awang Mohd Jafar menafikan dakwaan terhadapnya menggunakan kekerasan jenayah dengan menolak seorang anggota polis yang sedang menjalankan tugasnya pada 9 Disember 2020 di sekitar kawasan antara Pos Polis Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien dan Bangunan Maya Puri di ibu negara.

Sehubungan itu, Majistret Kanan, Azrimah Abdul Rahman menangguhkan kes pada 9 April untuk tarikh perbicaraan ditetapkan.

Defendan dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu perbicaraan.

Pertuduhan yang dikemukakan oleh Pendakwa Raya Sabrina Mahmud terhadap defendan membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -