Lelaki pakai gelang kuarantin dikompaun

LUMUT, 24 JULAI – Seorang lelaki berusia 51 tahun dikompaun RM1,000 kerana ingkar arahan kuarantin di rumah selepas didapati makan di sebuah restoran di Kampung Jering, Ayer Tawar di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata lelaki itu didapati memakai gelang tangan merah jambu di bawah perintah kuarantin COVID-19.

“Pemeriksaan pada gelang dipakainya mendapati kuarantin ke atasnya bermula pada 18 Julai lepas hingga 1 Ogos ini selepas pulang dari Singapura,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – Bernama