Lelaki Palestin mati ditembak tentera Israel

BEIT UMMAR, 30 JULAI – Seorang lelaki Palestin ditembak mati oleh tentera Israel di Tebing Barat semalam, selepas tercetus pertempuran ketika pengebumian seorang kanak-kanak negara ini.

“Shawkat Khalid Awad, 20, mati akibat tembakan di kepala dan perut di Beit Ummar,” menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Kawasan berkenaan telah menjadi medan pertempuran sejak berbulan-bulan lalu antara pasukan tentera Israel dengan rakyat Palestin yang melakukan bantahan.

Kelmarin, Mohamadal-Alami, 12, maut akibat ditembak tentera Israel ketika dalam perjalanan dengan menaiki sebuah kereta bersama bapanya di Beit Ummar, kata pegawai Palestin.

Semalam, orang ramai mengusung jenazah kanak-kanak itu yang dibalut dengan bendera parti Fatah, untuk dikebumikan di Beit Ummar.

Ratusan rakyat Palestin kemudian dilapor melemparkan batu ke arah tentera Israel yang bertindak balas dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata, kata seorang wartawan AFP.

Kementerian Kesihatan Palestin turut memaklumkan bahawa remaja Palestin, Mohammed Muniral-Tamimi, 17, meninggal dunia di hospital pada Sabtu lalu selepas mengalami kecederaan akibat ditembak dalam pertempuran di perkampungan Beita pada hari sebelumnya. – AFP

Ahli keluarga meratapi kematian Mohamad al-alami semasa pengebumiannya di Bandar Beit Ummar, barat daya bandar Hebron pada 29 Julai 2021. – AFP