Lelaki Palestin tikam dua warga Israel

BAITULMAQDIS, 13 SEPT – Seorang lelaki Palestin menikam dua warga Israel di Baitulmaqdis sebelum ditembak oleh pegawai polis sempadan hari ini, meng-akibatkan ketiga-tiganya cedera, kata polis dan paramedik.

Penyerang ‘menikam dua penduduk menggunakan sebilah pisau’ dekat stesen bas tengah bandar, kata polis dalam satu kenyataan.

“Anggota polis wanita sempadan menyedari insiden itu dan salah seorang daripada mereka telah melepaskan tembakan dan menumpaskan pelakunya, yang pada masa ini mendapat rawatan perubatan,” tambahnya.

Seorang jurucakap polis memberitahu AFP bahawa penyerangnya adalah seorang lelaki Palestin dari bandar Tebing Barat Hebron.

Warga awam yang ditikam itu merupakan lelaki berusia pertengahan 20an, telah dirawat atas kecederaan sebelum dibawa ke hospital Shaare Zedek dalam keadaan sederhana, kata paramedik dari persatuan Magen David Adom. – AFP