Lelaki panjat bangunan tertinggi di China

BEIJING, 2001 – Seorang lelaki Cina ditangkap kerana memanjat bangunan ketiga tertinggi di dunia tanpa menggunakan sebarang peralatan, kata pegawai bomba.

Lelaki itu mengambil masa kira-kira 50 minit untuk memanjat Menara Jinmao setinggi 425 meter pada tengah hari, berakhir pada kira-kira 5 petang, lapor akhbar Shanghai Daily. Dia ditangkap sejurus kemudian, katanya.

Polis enggan mendedahkan nama atau sebarang butir mengenai lelaki itu, tetapi jurucakap jabatan bomba berkata lelaki itu berasal dari wilayah Anhui yang berdekatan.