Lelaki parah jatuh dari tingkat 5 di Sandakan

SANDAKAN, 9 Jan – Seorang lelaki berusia 24 tahun cedera parah selepas terjatuh dari tempat letak kereta di tingkat lima Bangunan Sabanah Trading, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Azhar Hamin berkata laporan mengenai kejadian itu diterima pada 10:05 pagi. Mangsa yang berada dalam keadaan kritikal kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Duchess of Kent Sandakan, katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa mendakwa bersendirian sebelum tergelincir dan jatuh.

Keluarga mangsa juga mengesahkan lelaki tersebut tidak mempunyai masalah mental, katanya. – Bernama