Lelaki Perancis ditahan gara-gara terbangkan dron

YANGON, 11 Feb – Seorang pelancong Perancis telah ditangkap kerana menerbangkan sebuah dron berhampiran parlimen Myanmar di ibu negara Naypyidaw, kedutaan Perancis dan polis tempatan mengesahkan hari ini, di bawah undang-undang yang boleh membawa suspek kepada hukuman penjara sehingga tiga tahun .

Lelaki itu, yang dinamakan oleh polis sebagai Arthur Desclaux yang berusia 27 tahun, cuba menerbangkan dronnya di atas bangunan kerajaan, di mana tindakan itu adalah menyalahi undang-undang di Myanmar.

Terdahulu pada tahun 2017, tiga wartawan dan pemandu mereka dipenjarakan atas kesalahan yang sama.

Media tempatan mendedahkan gambar tahanan Perancis itu, termasuk butiran pasport dan dron miliknya.

“Dia ditangkap lewat petang pada hari Khamis, 7 Februari kerana menerbangkan dron di kawasan parlimen,” kata kedutaan itu, sambil menambah lelaki itu masih dalam tahanan di Naypyidaw.

Keluarganya telah dimaklumkan mengenai penangkapannya dan kakitangan kedutaan cuba menjamin untuk pembebasannya, tambahnya. – AFP

Seorang pelancong Perancis telah ditangkap kerana menerbangkan sebuah dron berhampiran parlimen Myanmar di ibu negara Naypyidaw. – AFP