Wednesday, March 19, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki rentung dalam rumah

    BELURAN, 16 Jan – Seorang lelaki ditemukan mati rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Kubambangan Paitan malam tadi.

    Mangsa dikenali sebagai Ritaudin Ghapur, 31. Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata pihak bomba menemukan mayat mangsa dalam sebuah rumah dua tingkat yang hangus terbakar.

    Turut terbakar dalam kejadian yang pihak bomba menerima panggilan kira-kira 7:42 malam itu ialah dua buah kereta.

    Punca kebakaran masih disiasat. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda