Lelaki rosak skrin ATM didakwa

Oleh Fadley Faisal

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 April – Akibat merosakkan sebuah mesin ATM di The Mall, Gadong, seorang lelaki penduduk tetap telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini.

Abdul Mun’im bin Muhammad Jasri @ Adil @ Johnathan Anak Jasri, 27, didakwa melakukan kesalahan itu dengan menumbuk skrin mesin ATM pada malam 30 Mac lalu. Tatkala pihak pendakwaan menunggu bagi laporan kerosakan, Ketua Majistret Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar telah memerintahkan kes berkenaan agar ditangguhkan sehingga 4 April depan. Defendan telah dibebaskan dengan ikat jamin bersyarat. Defendan berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun dan dua kali sebatan sekiranya anggaran kerosakan melebihi $500. Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Sabrina binti Haji Mahmud.