Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki rugi besar ditipu ‘Dato’, remaja ditahan terlibat judi haram

    Oleh Arissa

     

    LIMBANG, 8 Jan – Hasrat seorang pensyarah untuk mendapatkan keuntungan dalam perniagaan tidak kesampaian apabila mengalami kerugian RM100,000 selepas ditipu seorang pengarah syarikat bergelar ‘Dato’ dalam kejadian Jun tahun lepas.

    Mangsa seorang lelaki, 47, dari Sabah ditipu ‘Dato’ yang didakwa menjadikannya rakan niaga syarikat tersebut termasuk memberikan sejumlah wang modal untuk projek-projek pada 14 Jun tahun lepas.

    Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata mangsa mendakwa dijanjikan pulangan keuntungan sebanyak 18 hingga 20 peratus setiap bulan selama 10 tahun dan melancong keluar negara.

    “Percaya dengan janji ‘Dato’ terbabit mangsa telah memasukkan wang sebanyak RM 100,000 kedalam akaun milik syarikat berkenaan,” katanya hari ini.

    Bagaimanapun jelasnya, sehingga laporan dibuat mangsa belum menerima apa-apa keuntungan yang dijanjikan dan membuat laporan polis. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

    RAMPAS…Wang tunai dan peralatan telefon yang dirampas dari suspek.

    Dalam kes berasingan seorang remaja lelaki ditahan kerana terlibat dalam penjualan judi ekor dalam operasi Ops Dadu di belakang sebuah bangunan, Jalan Wayang Sabtu lepas.

    Suspek, 18, menjalankan kegiatan itu ditahan sekitar jam 2:29 petang.

    Mohd Bukhori Saffai menjelaskan ketika tangkapan dilakukan suspek dipercayai sedang menjalankan operasi menjual nombor ekor haram kepada pelanggannya.

    Bagaimanapun katanya kegiatan itu berjaya digagalkan dengan penangkapan suspek di kawasan berkenaan.

    “Turut dirampas adalah wang tunai berjumlah RM100, telefon bimbit serta pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk tujuan sama.

    Kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 4A(a) ARJT 1953.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda