Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Lelaki selamat, dua hari terkatung-katung dalam belon udara

    BEIJING, 8 SEPT – Seorang lelaki telah diselamatkan selepas dia gagal mengawal belon hidrogen yang dinaikinya dan terperangkap di udara selama dua hari, semasa menuai kacang pokok pain, lapor media kerajaan.

    Lelaki yang dikenali dengan nama keluarga, Hu bersama rakannya dikatakan sedang mengutip kacang pain kelmarin di taman hutan di wilayah Heilongjiang di timur laut China, sebelum belon itu hilang kawalan dan mula diterbangkan.

    Rakan Hu berjaya melompat ke tanah namun Hu tersekat hingga diterbangkan 300km jauhnya di udara.

    Hu segera menghubungi adik iparnya, mengatakan dia gayat di tempat tinggi dan ‘semuanya kelihatan seperti semut’ dari atas sana menurut Zhejiang Daily yang menemu bual adik iparnya, kelmarin.

    Rakaman video dari beberapa cawangan media China menunjukkan belon terkatung-katung di udara di bawah hutan pain.

    Stesen penyiaran CCTV berkata, pasukan polis telah menghubungi Hu melalui telefon bimbit pada pagi berikutnya dan dia diarahkan supaya mengempiskan belon itu bagi membolehkannya mendarat dengan selamat.

    Hu kemudian berjaya mendarat di kawasan hutan rimba, namun para penyelamat masih lagi mencarinya, kerana ‘perkhidmatan lokasi telefon bimbitnya menunjukkan arah yang tidak tepat’, menurut CCTV.

    Hu akhirnya diselamatkan pada pagi Selasa, dilaporkan berada dalam keadaan sihat dengan hanya mengalami kesakitan bawah belakangnya, lapor penyiaran kerajaan itu. – AFP

    Lelaki Cina berjaya diselamatkan. – Weibo
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...