Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Lelaki simbah petrol, ugut bakar pelanggan

    AURORA, 5 OGOS – Polis di pinggir bandar Denver di Colorado, Amerika Syarikat (AS), sedang giat mengesan seorang lelaki yang menyimbah dua pelanggan dengan petrol di sebuah stesen minyak dan mengancam mahu membakar mereka.

    Menurut kenyataan polis, tindakan itu dilakukan suspek berikutan kedua-dua mangsa berbahasa Sepanyol, membuatkannya menerjah kedua-duanya sambil mengatakan mereka ‘tidak sepatutnya berada di sini’.

    “Suspek kemudiannya mengekori mangsa ke keretanya dan menggunakan pam stesen untuk menyiram mereka dengan petrol, menurut kenyataan daripada mangsa dan saksi, selain bukti yang diperoleh dari tempat kejadian dan video pengawasan,” kata polis.

    Lelaki terbabit didakwa mencari sesuatu untuk menyalakan petrol itu sebelum memecahkan cermin belakang kereta mangsa lalu mengambil kuncinya dan meninggalkan tempat itu.

    Pegawai polis, Sarjan Faith Goodrich, berkata pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kes yang berlaku pada 23 Julai lalu itu sebagai jenayah kebencian. “Sehingga lewat semalam, belum ada tangkapan dibuat tetapi kami masih memburu suspek,” katanya.

    Pihak berkuasa berkata, kes itu berlaku kira-kira jam 11 malam di Stesen Minyak Rocket, Jalan Havana, jalan utama pinggir timur bandar Denver. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...