Memang tidak dinafikan bahawa warna merah jambu amat sinonim dengan kaum wanita, namun jangan terkejut, era moden ini membuatkan fesyen tidak terhad kepada satu jantina malah ia kini bersifat universal.
Selain dianggap seorang yang ‘lembut’, lelaki yang gemar kepada warna merah jambu lebih cenderung untuk menukar identiti. Tanggapan ini salah sebenarnya dan masyarakat seharusnya tidak memandang ia sebegitu rupa.
Justeru, berikut adalah antara keistimewaan lelaki yang menyukai warna merah jambu :
Seorang lelaki yang romantik
Lelaki ini sentiasa membuat pasangannya rasa se-perti dibuai manja melalui kata-kata dan perbuatan. Sentiasa tahu bagaimana mengambil hati pasangan agar dia sentiasa rasa bahagia.
Peramah dan mudah diatur
Orang kata lelaki yang menyukai warna merah jambu ini merupakan seorang yang mudah didekati dan mesra. Selain itu, jika dia pergi ke mana sahaja sekali pun, orang atau rakan-rakan akan berasa selesa bersamanya. Pastinya, kalau dia tidak ada, anda akan terasa kosong dan tidak lengkap.
Kemahiran komunikasi yang baik
Jika manis mulut kata seorang yang suka bodek, lelaki jenis ini bukan seorang pembodek, akan tetapi itu memang watak semula jadi-nya. Oleh itu, jangan hairan, jika pergi ke mana sahaja, pasti akan ada orang yang mengenalinya.
Pencinta seni dan keindahan
Selain mempunyai kemahiran bermain alat muzik, lelaki ini juga seorang yang suka dan mencintai kesenian. Segala jenis aspek kreatif akan dipandang tinggi serta sangat menghargai hasil karya seni orang lain.
Lelaki yang fokus
Walaupun diselubungi dengan pelbagai isu dan masalah, namun watak lelaki yang menyukai warna merah jambu ini terkenal sebagai seorang yang fokus. Tumpuannya tidak hilang walaupun dilanda pelbagai masalah. Bila sedang membuat sesuatu fikirannya tidak akan terganggu. – Agensi
