Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Lelaki tempah patung silikon menyerupai mendiang isteri

    INDIA, 13 JAN – Seorang lelaki India telah mencetuskan kehebohan kerana menghormati hasrat arwah isterinya untuk membina patung bersaiz sebenar, yang menyerupai isterinya, supaya mereka masih boleh bersama.

    Menurut laporan The Times of India, Tapas Sandilya, seorang pesara kerajaan dari Bengal Barat India, kehilangan isterinya pada 2021, semasa pandemik COVID-19.

    Tapas bertekad untuk sekurang-kurangnya memenuhi salah satu hasrat terakhir isterinya dan mula mencari pereka yang boleh mencipta patung silikon menyerupai isterinya, Indrani. Pereka itu menghabiskan masa enam bulan dan sekitar $3,000 untuk projek luar biasa itu.

    Lelaki berusia 65 tahun itu memastikan bahawa model itu dibuat sesuai dengan keinginannya. “Keluarga saya sangat menentang idea membina patung itu tetapi akhirnya mengalah.

    “Bahkan beberapa orang saudara dan jiran saya juga turut membantu,” kata Tapas kepada wartawan India. – Agensi

    Tapas Sandilya bersama replika patung bersaiz manusia seperti isterinya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...