Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Lelaki tempatan berdepan tuduhan rogol

    Oleh Fadley Faisal

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JUN – Seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun telah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, atas dakwaan merogol anak saudaranya berulang kali.

    Di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Haji Abdullah Soefri bin POKSMDSP Haji Abidin, defendan menafikan dakwaan-dakwaan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Fitri Kiprawi yang mendakwanya merogol anak saudara perempuannya dari usia 12 tahun pada 2019 hingga Mei 2020.

    Mahkamah mengarahkan defendan ditahan reman dan menetapkan perbicaraan dijalankan pada Oktober.

    Setiap empat dakwaan terhadap defendan membawa hukuman sehingga 30 tahun penjara dan 12 sebatan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...