Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Lelaki tempatan ditahan guna dadah terlarang

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JAN – Seorang lelaki warganegara tempatan berumur 46 tahun telah ditahan kerana dipercayai menggunakan dadah terlarang, kelmarin.

    Suspek bersama bot kecilnya ditahan oleh keanggotaan Polis Marin, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) di sekitar perairan kawasan Sungai Kupang, Daerah Brunei dan Muara dalam keadaan yang mencurigakan.

    Penahanan dibuat sekitar awal pagi semasa polis peronda sungai sedang membuat rondaan di kawasan perairan Sungai Brunei.

    Pemeriksaan telah mendapati peralatan yang dipercayai digunakan untuk menyalahgunakan dadah tersimpan dalam beg sandang kepunyaan suspek.

    Suspek dan barang bukti serta bot telah dibawa ke Polis Marin bagi siasatan awal seterusnya diserahkan kepada Biro Kawalan Narkotik (BKN) bagi tindakan lanjut.

    PPDB melalui Polis Marin akan meningkatkan kekerapan rondaan dan pemeriksaan rambang di kawasan kawalan bagi memastikan negara bebas daripada sebarang kegiatan mahupun aktiviti berbaur jenayah.

    PPDB turut mengingatkan kepada masyarakat agar memainkan peranan sewajarnya sebagai mata dan telinga pihak berkuasa dengan tampil atau membuat laporan jika mengesan aktiviti dan individu yang mencurigakan di kawasan mereka.

    ATAS & BAWAH: Bot bersama peralatan untuk mengambil dadah telah ditemui oleh PPDB daripada seorang lelaki tempatan semasa rondaan di perairan kawasan Sungai Kupang, Daerah Brunei dan Muara baru-baru ini. – Gambar serahan PPDB

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...