Tuesday, October 3, 2023
33.4 C
Brunei

    -

    Lelaki ‘terkandas’ di lapangan terbang meninggal dunia

    PARIS, 13 NOV – Lelaki warga Iran yang terkandas di lapangan terbang Paris selama 18 tahun dilaporkan telah meninggal dunia.

    Mehran Karimi Nasseri terpaksa menjadikan ruang kecil di Lapangan Terbang Antarabangsa Charles de Gaulle sebagai rumahnya pada tahun 1988 selepas kehilangan dokumen yang mengesahkan statusnya sebagai pelarian.

    Pengalamannya mencetuskan inspirasi filem ‘The Terminal’ arahan Stephen Spielberg dengan wataknya dilakonkan Tom Hanks pada tahun 2004, ketika Mehran Karimi masih berada di lapangan terbang itu.

    Pada tahun 2005, Mehran Karimi diberi bayaran lebih AS$300,000 sebagai hak ke atas kisahnya dan difahamkan menggunakan wang terbabit untuk mendapat kerakyatan British bagi memulakan kehidupan baharu.

    Walaupun Mehran Karimi akhirnya diberi kebenaran untuk tinggal di Perancis, dia kembali ke lapangan terbang berkenaan beberapa minggu lalu di mana dia menghembuskan nafas terakhir, lapor AFP. – AFP

    Gambar fail menunjukkan Mehran Karimi Nasseri melihat poster filem yang menerima inspirasi daripada kehidupannya di terminal 1 lapangan terbang Paris Charles De Gaulle. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Angka kematian denggi melebihi 1,000 di Bangladesh

    DHAKA, 2 OKT - Lebih 1,000 orang di Bangladesh telah meninggal dunia akibat demam denggi sejak awal tahun ini, menurut angka rasmi, yang menunjukkan...