Wednesday, March 29, 2023
26.4 C
Brunei

-

Lelaki terperangkap dalam lori treler diselamatkan

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JAN – Seorang lelaki penduduk tetap terperangkap dalam kenderaan berat jenis lori treler berjaya diselamatkan dalam kemalangan berdekatan lampu isyarat lebuh raya Lumut bypass baru-baru ini.

Tujuh anggota dari Balai Bomba Sungai Liang yang diketuai oleh DSO Mohd Said bin Abdullah telah dikejarkan ke insiden kemalangan tersebut.

Setibanya di tempat kejadian, anggota bomba segera bertindak memecahkan cermin di bahagian hadapan lori untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap dan menutup sebahagian jalan raya untuk membersihkan serpihan kaca dan tumpahan minyak akibat kemalangan itu. Mangsa berjaya dikeluarkan dalam masa dua minit dan telah diserahkan kepada pihak paramedik untuk tindakan selanjutnya.

Susulan kejadian itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat menyarankan kepada pengguna jalan raya agar sentiasa memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik dan selamat secara keseluruhan sebelum digunakan seperti memastikan tiada kebocoran yang boleh menyebabkan pengaliran cecair mudah terbakar pada enjin blok yang panas atau sistem elektrik.

Lori treler yang terbabit dalam kemalangan berdekatan dengan lampu isyarat lebuh raya Lumut bypass.
Anggota dari Balai Bomba Sungai Liang semasa membersihkan serpihan kaca dan tumpahan minyak di lokasi kejadian.

Artikel sebelum iniCF26 berakhir meriah
Artikel seterusnyaYasin kesal dengan Ameng
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Bangladesh larang penggunaan plastik di hutan bakau terbesar

DHAKA, 28 MAC – Ahli pemuliharaan Bangladesh kelmarin berkata pelancong membuang sampah di hutan bakau terbesar di dunia telah merosakkan ekosistem dengan serius, memaksa...
- Advertisment -