Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Julai – Seorang lelaki terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan apabila kereta salonnya (gambar) terbakar di Lebuh Raya Muara-Tutong hari ini.
Pusat Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 6:54 pagi dan mengerahkan dua buah jentera bomba dan 12 orang anggota bomba dari Balai Bomba Jerudong diketuai oleh DSO Haji Abdul Rahman bin Maitamit ke tempat kejadian.
Semasa tiba di tempat kejadian, api besar sudah pun meranapkan hampir keseluruhan kereta salon itu.
Kebakaran berpunca daripada balast lampu HID yang dipasang di enjin kereta dan kerugian akibat kebakaran itu dianggarkan $2,500.