Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Lelaki tersepit dalam kemalangan kereta

    Oleh Salawati Haji Yahya

    TUTONG, 10 FEB – Seorang lelaki tersepit dalam kejadian kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kereta yang berlaku di kawasan berdekatan Tanah Perkuburan Orang-orang Islam Kampung Lubok Pulau, Tutong, malam tadi.

    Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), dalam kejadian pukul 7:24 malam itu, mangsa yang merupakan pemandu kereta jenis salon tersepit di bahagian kaki.

    Tujuh orang anggota dan dua buah jentera dari Balai Bomba Tutong dan Balai Bomba Bukit Beruang yang diketuai oleh DSO Haji Hamdan segera ke tempat kejadian.

    Anggota bomba segera bertindak membuka pintu kereta bagi mengeluarkan mangsa dengan menggunakan perkakas khas.

    Mangsa seterusnya diserahkan kepada paramedik yang bertugas dan dihantar ke Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Tutong dengan menggunakan kereta ambulan untuk tindakan selanjutnya.

    Hadir sama di tempat kejadian ialah Stesen Komander Balai Bomba Tutong, ASFR Hajah Siti Alam.

    Dalam kenyataan itu, JBP menyarankan orang ramai untuk sentiasa memastikan kenderaan dalam keadaan yang baik dan selamat sebelum digunakan dan sentiasa berhati-hati serta mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya.

    Selain itu, sentiasa mengamalkan sikap bertolak ansur sesama pengguna jalan raya lain dan mengelakkan memakan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk ketika hendak memandu. Jika berlaku sebarang insiden kecemasan, hubungi talian kecemasan bomba 995 dan memberikan maklumat yang tepat.

    Seorang anggota bomba dilihat dengan segera bertindak mengeluarkan mangsa tersepit dengan menggunakan perkakas khas semalam.- Gambar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...