Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei – Seorang lelaki yang berdepan pertuduhan mencuri dua buah kereta dan mempamerkan plat pendaftaran palsu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, hari ini.
Abdul Muezz bin Haji Wahab, 26, didakwa mencuri kereta dari kawasan Pos Kawalan Polis, Istana Nurul Iman pada 17 Mei 2018 sekitar jam 8:30 malam dan dari kawasan Blok J, Kampung Batu Bersurat antara 20 dan 21 Mei 2018.
Dia juga menghadapi tuduhan mempamerkan plat pendaftaran palsu pada salah sebuah daripada kereta itu.
Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman menetapkan 13 Jun 2018 untuk menentukan tarikh perbicaraan tertuduh.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Elena binti Dato Paduka Haji Hairol Arni.