Lelaki ugut polis ditembak mati

PARIS, 13 DIS – Polis Perancis hari ini menembak mati seorang lelaki yang mengugut pegawai di daerah perniagaan Perancis La Defense.

Lelaki itu ditembak di dada dan kaki, kata sumber polis.

Dia gagal mencedera sesiapa, kata mereka, tanpa menyatakan senjata yang digunakan, kecuali ia bukan senjata api.

Lelaki itu menghampiri pegawai pada kira-kira pukul 10:20 pagi, yang bertindak balas dengan melepaskan kira-kira lima tembakan.

Satu kepungan keselamatan didirikan selepas kejadian itu, dan identiti lelaki masih belum didedahkan.

Perancis telah menyaksi beberapa serangan ke atas anggota keselamatannya dalam beberapa tahun ini, apabila ia mengambil langkah berjaga-jaga berhubung beberapa siri serangan jihad yang telah membunuh 255 orang sejak 2015.

Pada Oktober, ejen pentadbiran Mickael Harpon menikam mati empat rakan sekerja di ibu pejabat polis Paris sebelum dia ditembak mati. Dia dikatakan pengikut kepercayaan radikal Islam. – AFP

Pegawai polis meronda di terowong di bawah daerah perniagaan La Defense selepas seorang lelaki mengugut pegawai di Paris kelmarin. – AP