Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Lelaki Vietnam cuba dayung bot dari Phuket ke India bertemu isteri

    BANGKOK, 24 MAC – Seorang lelaki Vietnam cuba mendayung bot getah dari Phuket, Thailand ke India, perjalanan sejauh kira-kira 2,000 kilometer, untuk bertemu isterinya yang tidak ditemuinya sejak dua tahun lalu akibat pandemik.

    Lelaki berusia 37 tahun dari bandar Ho Chi Minh, Vietnam itu berada di laut selama 18 hari.

    Pada Rabu, Pegawai Pemerintah Kawasan Tentera Laut Ketiga Tentera Laut Diraja Thai dan pegawai Taman Negara Kepulauan Similan menyelamatkan lelaki itu, kira-kira 80 kilometer dari pantai selepas dimaklumkan oleh nelayan tempatan.

    Dalam satu kenyataan, Pegawai Pemerintah Kawasan Tentera Laut Tiga Tentera Laut Diraja Thai berkata lelaki itu merancang untuk mendayung dari Phuket ke India, menyeberangi Laut Andaman dan melalui Teluk Bengal menaiki bot getah sepanjang 2.5 meter untuk bertemu isterinya.

    Media tempatan melaporkan bahawa perjalanan itu akan mengambil masa sekitar 625 hari untuk sampai ke pantai India. Menurut kenyataan itu, pegawai menemui puluhan pek mi segera, satu tangki air dan bagasi di atas bot itu. Pasukan penyelamat membawanya ke Taman Negara Kepulauan Similan untuk tindakan lanjut. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...