Monday, November 11, 2024
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki warga Syria didakwa bakar bilik hotel

    KUALA LUMPUR, 10 NOV – Seorang lelaki warga Syria mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan khianat dengan membakar bilik sebuah hotel di ibu negara semalam. 

    Oday Bahbouh, 29, didakwa melakukan khianat dengan menyalakan api pada kertas sehingga menyebabkan kebakaran dan kerosakan harta benda iaitu dua almari kayu, tilam, lantai, pintu, langsir dan tandas melibatkan kerugian RM10,000.

    Bahbouh, seorang penganggur dan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah bilik hotel di Jalan Metro Pudu 2 Fraser Business Park, Wangsa Maju di sini pada 10:30 pagi.

    Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

    Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latip menawarkan jaminan RM25,000 dengan dua penjamin warga tempatan dengan mengambil kira nilai kerugian RM10,000 manakala Bahbouh yang tidak diwakili peguam tidak membuat sebarang rayuan.

    Hakim Siti Aminah Ghazali membenarkan tertuduh diikat jamin seperti yang dimohon pendakwaan dan menetapkan 11 Disember ini untuk sebutan semula kes bagi lantikan
    peguam. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda