Lelong barang terpakai untuk kumpul dana

TOKYO, 27 JULAI – Kementerian Pertahanan Jepun kelmarin mengadakan lelongan pertama untuk peralatan terpakai bagi menjana pendapatan, menurut Agensi Berita Sputnik, memetik laporan media.

Antara 30 peralatan yang dilelong termasuk topi keledar oksigen dan lencana pakaian seragam, acara khas itu berlangsung di Tokyo, lapor penyiar NHK. Menurut NHK, Kementerian Pertahanan memutuskan mengadakan acara itu bagi mengumpul dana di tengah-tengah pergolakan ekonomi. Ia berjaya mengumpul hampir AS$55,000.

Seramai 180 peserta dipilih melalui undian untuk menyertai acara lelongan itu dan mereka diwajibkan memakai penutup mulut dan hidung serta mematuhi jarak sosial. – Bernama