Thursday, April 24, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lemas dalam ‘diet digital piza, gula-gula’

    BEBERAPA pembuat program televisyen kanak-kanak di dunia telah memberi amaran bahawa kanak-kanak sedang diselubungi oleh persamaan visual ‘piza dan gula-gula’ dalam ‘Wild Wild West’ digital.

    Dengan laman sosial seperti YouTube yang telah menggantikan Disney sudah dianggap sebagai platform yang paling disukai dan disayangi dalam kalangan kanak-kanak di Amerika Syarikat.

    Laman sosial terbesar dunia ini cuba untuk meningkatkan lagi penonton-penonton mereka, menyebabkan risiko generasi muda yang mudah terdedah seperti budaya memakan makanan ringan, kata perwakilan program televisyen kanak-kanak.

    Penyiar perkhidmatan awam seperti BBC dan PBS Britain di Amerika Syarikat merupakan antara penyiar yang membina benteng dalam kalangan anak-anak dan ibu bapa dalam industri penyiaran di mana laman sosial terbesar dalam Internet, pembuat mainan dan pelbagai permainan kanak-kanak semakin bertambah dan berkembang, antara yang diucapkan semasa perkumpulan eksekutif tertinggi di Cannes di Perancis Riviera baru-baru ini.

    Beberapa penceramah di MIP Junior, pasaran hiburan untuk kanak-kanak di dunia, memberi amaran bahawa kebajikan kanak-kanak berdepan risiko yang tinggi khususnya pendedahan mereka terhadap kandungan permainan digital visual yang tidak sesuai dan hanya mementingkan keuntungan yang maksimum.

    Perdebatan mengenai perkara itu dibangkitkan sebaik sahaja Presiden Donald Trump mengancam untuk mengurangkan bajet PBS dan saluran The France 4 secara kontroversi ditutup secara online oleh pihak kerajaan Perancis. – AFP

    Populariti yang luar biasa terhadap digital visual rancangan kanak-kanak membangkitkan perdebatan yang bermula dari skrin digital dan adakah ia selamat atau adakah platform ini sesuai atau tidak. – Agensi

    Perdebatan mengenai perkara itu dibangkitkan sebaik sahaja Presiden AS, Donald Trump mengancam untuk mengurangkan bajet PBS dan saluran The France 4 secara kontroversi ditutup secara Online oleh pihak kerajaan Perancis walaupun para penyelidik menunjukkan lapan daripada 10 kanak-kanak masih menonton rancangan TV.

    Ketua rangkaian saluran kanak-kanak BBC, Alice Webb berkata bahawa populariti yang luar biasa terhadap digital visual rancangan kanak-kanak membangkitkan perdebatan yang bermula dari skrin digital dan adakah ia selamat atau adakah platform ini sesuai atau tidak.

    YouTube bukan untuk bawah usia 13 tahun

    YouTube, dia menyatakan bahawa laman sosial ini tidak sesuai untuk mereka yang berusia di bawah 13 tahun. Pada tahun lepas, Webb berkata kepada AFP bahawa kebanyakan kanak-kanak telah menerima kesan daripada digital ini dan dianggap sebagai ‘babysat’ di hadapan skrin, industri teknologi dan media hiburan perlu melihat dengan lebih mendalam kesan digital mereka terhadap minda kanak-kanak.

    “Kita perlu membicarakan tentang perkara ini kerana kita tidak mahu benda ini akan terus diperkatakan lagi untuk 10 tahun yang akan datang, apa yang kita perlu lakukan untuk anak-anak kita,” kata Webb lagi kepada media AFP.

    Rangkaian kanak-kanak Itali, Luca Milano berkata bahawa penyiar perkhidmatan awam memainkan peranan penting bagi memastikan kanak-kanak selamat dan memastikan mereka tidak dieksploitasi.

    “Tanpa mereka, kanak-kanak tidak akan terdedah kepada benda-benda yang bermanfaat seperti isi kandungan pendidikan,” kata Luca sambil memetik beberapa buah siri mini untuk kanak-kanak yang mengandungi unsur-unsur yang tidak baik dan animasi drama ‘Andrea dan tati’ yang mengisahkan mengenai dua orang kakak yang cuba untuk bertahan hidup di penjara Auschwitz.

    Tiphaine de Raquenel, The France 4 berkata bahawa penyiar awam sedang berjuang untuk menangani komersial-komersial yang tidak baik. “Jika anda mahu kanak-kanak suka memakan sayur, sangat sukar untuk melakukannya jika kanak-kanak dikelilingi dengan piza dan juga gula-gula,” katanya kepada media.

    ‘Wild Wild West’ digital

    Apa yang paling ditekankan ialah untuk mempunyai ruang yang selamat untuk isi kandungan yang lebih sihat khususnya dalam persekitaran yang merasakan seperti dalam Wild Wild West, kata ketua animasi kanak-kanak BBC, Jackie Edwards.

    Ketuanya, Webb menegaskan untuk menetapkan piawaian yang berkualiti khususnya bagi penyiar awam untuk melakukan keseimbangan khususnya dalam dunia digital.

    “Apabila anda mencari satu subjek, anda akan mendapat lebih banyak subjek yang sama, jadi kami berada di sana untuk membekalkan keluasan ruang, kemungkinan dan keasliannya,” katanya.

    “Bukan pekerjaan saya untuk menunjuk jari tetapi terlalu banyak rancangan yang tidak dibuat (yang dikomersialkan) kerana mereka tidak mempunyai sebarang perhubungan yang dikaitkan dengan subjek-subjek yang diinginkan,” tambahnya.

    BBC merancang untuk menghabiskan seperempat belanjawan untuk rancangan digital anak-anak termasuk aplikasi mudah alih baharu CBBC Buzz, yang lebih kreatif. Walau bagaimanapun, Webb berkata bahawa penyiar akan berusaha menghasilkan lebih sedikit rancangan akan tetapi memberi impak yang besar khususnya dalam dunia digital yang semakin mencabar.

    “Ia merupakan salah satu usaha bagi memastikan persembahan atau penyiaran amat penting untuk dilihat atau disaksikan oleh kanak-kanak,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda