Tuesday, March 21, 2023
21.2 C
Brunei

-

Lembaga TAP umum dividen 2.5%

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OKT – Lembaga Tabung Amanah Pekerja (TAP) telah mengisytiharkan bahawa dividen simpanan TAP dan SCP untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2022 pada kadar 2.5 peratus.

TAP dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, menjelaskan bahawa dividen bagi tahun kewangan 2021-2022 itu telah dikreditkan ke dalam akaun ahli-ahli pada hari ini dan ahli boleh mendapatkan penyata akaun mereka dengan menggunakan perkhidmatan dalam talian TAP e-Amanah melalui www.tap.com.bn ataupun melalui kiosk e-Info TAP.

Pada kadar 2.5 peratus, jumlah pengagihan pendapatan sebanyak $81,867,343.67 telah dikreditkan ke dalam 176,973 akaun ahli TAP dan $39,860,975.50 dikreditkan ke dalam 171,446 akaun ahli SCP.

Sehubungan itu, TAP mengingatkan tanggungjawab majikan untuk mendaftarkan dan mencarumkan semua pekerja tempatan ke dalam Skim TAP dan SCP.

Ahli-ahli TAP dan SCP juga dinasihatkan untuk menyemak penyata akaun mereka dari semasa ke semasa bagi memastikan caruman telah dibuat oleh majikan.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Kishida umum rancangan Indo-Pasifik baharu di India

NEW DELHI, 20 MAC - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida hari ini menjemput rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi untuk menghadiri sidang kemuncak negara-negara...
- Advertisment -