Lembu katik tersenarai dalam Buku Guinness

DHAKA, 29 SEPT – Seekor lembu dengan ketinggian paras lutut yang menjadi berita sensasi di Bangladesh telah menerima pengiktirafan sebagai lembu paling rendah di dunia beberapa minggu selepas mati mengejut.

Rani, berukuran 20 inci tinggi, menjadi amat popular di internet dengan puluhan ribu orang bergegas ke ladang di mana ia tinggal di luar Dhaka hanya untuk melihat lembu katik itu.

Namun selepas tuannya memohon kepada Buku Rekod Guinness, tragedi melanda pada 19 Ogos apabila lembu kesayangan itu tiba-tiba mati disebabkan terdapat gas terkumpul dalam badannya.

Tuan punya lembu, Kazi Mohammad Abu Sufian berkata dia menerima e-mel pada Isnin dari Rekod Dunia Guinness mengatakan permohonan Rani telah diterima.

Satu kenyataan di laman web Guinness mengesahkan status lembu kecil Bhutti, mengatasi pemegang sebelumnya, seekor lembu India bernama Manikyam yang mencecah 61 sentimeter dari tapak kaki ke bahagian atas badan. – AFP

Gambar fail menunjukkan lembu berdiri bersebelahan dengan lembu katik bernama Rani, yang menerima pengiktirafan lembu terkecil di dunia daripada Buku Rekod Guinness di sebuah ladang di Charigram. – AFP