Lembu terkecil di Eropah

LONDON – Sejenis lembu katik di Ladang Lembah Chater di Pilton, Somerset telah mendapat gelaran lembu paling kecil di Eropah.

Dengan ketinggian 105 sentimeter, baka jenis Hereford katik itu menjadi kebanggaan penternak Malcolm Gough, 66 dan isterinya, Lesley, 54, yang membiakkannya di ladang tersebut sejak 10 tahun lalu.

Baka Hereford katik tidak wujud secara semula jadi di Britain tetapi Malcolm mula membawa masuk embrio lembu tersebut dari Kanada dan diimplan ke dalam rahim lembu Hereford tempatan yang bersaiz normal sebagai ibu tumpang.

Selepas 10 tahun membiakkan lembu katik tersebut, pasangan petani itu kini sudah mempunyai kawanan dewasa yang boleh membiak secara normal, selain sudah mula dijual kepada penternak lain.

Baka itu sangat popular dalam kalangan pemilik ladang kecil dan juga mereka yang tidak mahu membela lembu besar kerana lebih sukar untuk dijaga.

“Kami sudah menyambut kelahiran hampir 50 ekor anak lembu baka ini dan sudah boleh membantu penternak lain memulakan kawanan lembu Hereford katik sendiri. Baka ini sangat popular di rantau Amerika Utara dan Australasia,” jelas Malcolm. – Agensi

Selepas 10 tahun membiakkan lembu katik tersebut, pasangan petani itu kini sudah mempunyai kawanan dewasa yang boleh membiak secara normal, selain sudah mula dijual kepada penternak lain. – Agensi