Lembu terperangkap atas bumbung diselamatkan

SEOUL, 10 OGOS – Beberapa ekor lembu terperangkap di atas bumbung setelah dihanyutkan banjir di Korea Selatan sehingga menimbulkan masalah kepada kru yang hendak menyelamatkan bovin bersaiz besar itu.

Lembu-lembu tersebut hanyut ketika banjir memuncak pada hujung minggu di Gurye, bandar perladangan di selatan negara itu dan bergelut ke tempat selamat sehingga mendarat di atas bumbung beberapa buah rumah dan bangunan lain.

Setelah banjir surut, haiwan-haiwan itu mendapati ia terkandas di tempat tinggi dan dalam keadaan dilema bagaimana untuk kembali turun.

Gambar-gambar menunjukkan sembilan ekor haiwan terbabit terkandas di atas bumbung yang kelihatannya dalam kebingungan.

“Lembu-lembu tersebut berenang ketika paras air meningkat dan berjaya berlindung di atas bumbung dan tidak ke mana-mana walaupun

setelah banjir surut,” kata seorang penduduk kepada rangkaian televisyen JTBC.

Para penyelamat kemudian membawa sebuah kren untuk membawa lembu-lembu tersebut turun satu persatu dari atas bumbung menggunakan tali yang diikat pada badannya.

Walaupun berjaya diselamatkan dan kembali pulang ke tempatnya, banyak lembu tersebut menunjukkan simptom pneumonia, menurut sukarelawan veterinar. – AFP

Lembu yang dihanyutkan oleh banjir terkandas di atas bumbung di Korea Selatan. – AFP