Lemur kembar lahir di zoo Singapura

SINGAPURA, 16 JULAI – Lemur kembar perang telah dilahirkan di zoo Singapura, kata pegawai hari ini, kelahiran kembar luar biasa sekali gus merangsang bilangan primat haiwan terancam itu.

Ia adalah kelahiran pertama di zoo bagi makhluk terancam itu, yang asalnya dari Madagascar, dalam lebih sedekad, menurut Rizab Hidupan Liar Singapura.

Ketibaan kembar yang belum dinamakan itu ‘sangat istimewa’ kerana makhluk itu membiak sekali dalam setahun, katanya.

Lemur berbulu tebal itu berwarna perang terang, dengan wajah, tangan dan kaki serta ekornya hitam, manakala ada tompok-tompok putih di kepalanya.

Spesies terakhir yang lahir di zoo itu adalah ayah kembar tersebut, Bosco, 11 tahun lalu. Ibunya dinamakan Minnie berusia lapan tahun yang tiba di Singapura dari zoo Jepun pada 2016.

Walaupun kembar itu lahir awal tahun ini, kedua-duanya menjadi tarikan baru-baru ini ketika zoo ditutup selama berbulan-bulan akibat lockdown koronavirus. – AFP

Lemur kembar berwarna perang yang lahir di zoo Singapura. – AFP