Lencongan sementara dibuka

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JUN – Berikutan kerja-kerja pembinaan jejambat di persimpangan Lebuh raya Muara-Tutong dan Perumahan Kampung Lugu, Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan bahawa jalan lencongan sementara berdekatan lokasi projek akan mula dibuka pada 27 Jun depan pukul 9 pagi.

JKR dalam kenyataannya men-jelaskan bahawa jalan lencongan sementara berkenaan khusus bagi lalu lintas menghala ke Daerah Tutong dan Belait sahaja.

Sehubungan ini, JKR mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya akan mengambil langkah berhati-hati semasa melalui kawasan lencongan berkenaan, memandu dengan lebih berhemah serta mematuhi papan-papan tanda keselamatan dan lalu lintas yang telah dipasang di kawasan berkenaan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

Sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Livechat Facebook Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan e-mel [email protected]