Lenka percaya dia masih mempunyai kelompok peminat tersendiri di Malaysia, penganjur acara Push Play berani untuk membawa penyanyi itu untuk mengadakan konsert di Malaysia pada Mei nanti.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Push Play, Nika, konsert yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur itu juga sebagai tanda menghargai peminat Lenka meskipun mungkin namanya kini kurang menjadi sebutan.
“Konsert Lenka yang akan di adakan di Kuala Lumpur ini sebagai memenuhi permintaan peminat di sini. Kami percaya Lenka masih mempunyai pengaruh muzik besar dan kelompok peminat yang sentiasa memberi sokongan.
“Selepas melalui beberapa proses dan Lenka sendiri setuju membuat persembahan untuk menghiburkan peminat di Asia, kami kami bawakan konsert ini,” jelas Nika.
Tambah pengajur lagi sepanjang konsert itu nanti peminat dijanjikan dengan pilihan lagu-lagu popular Lenka sejak awal kemunculan sehinggalah album terkini berjudul Recover dan Discover yang dilancarkan pada Februari 2020.
“Menerusi konsert ini peminat akan dihiburkan dengan pertembungan muzik Lenka yang lama dan baharu. Di mana setiap lagulagunya mempunyai jalan cerita dan semangat tersendiri. Kami berharap peminat akan terhibur dan berpuas hati dengan konsert itu nanti,” jelasnya.
Nama Lenka, 45, mula menjadi sebutan ramai sejak awal pembabitan dalam dunia muzik menerusi lagu berjudul The Show sekitar tahun 2008. – Agensi
