Tuesday, September 26, 2023
25.6 C
Brunei

    -

    Leonardo terjun tasik selamatkan dua ekor anjing

    Pelakon Leonardo DiCaprio terjun ke dalam tasik untuk menyelamatkan dua ekor anjing peliharaannya semasa penggambaran filem terbaharu Don’t Look Up di Boston, Amerika Syarikat.

    Pemenang Oscar berusia 47 tahun itu mengimbau kembali detik ketika dia mempertaruhkan nyawa untuk menyelamatkan dua ekor anjing jenis Husky iaitu Jack dan Jill daripada lemas di dalam tasik.

    “Pada mulanya, salah seekor daripada anjing saya yang terjatuh ke dalam tasik. Kemudian seekor lagi melompat ke dalam tasik untuk menyelamatkan anjing tersebut.

    “Akhirnya kedua-dua anjing saya jatuh ke dalam tasik. Saya tidak faham apa yang mereka lakukan di tasik tersebut,” kata Leornado semasa segmen Entertainment Weekly’s Around the Table.

    Leornado seterusnya berkata dia dan dua ekor anjingnya berada di dalam air tasik yang sejuk.

    Dalam pada itu, pelakon gandingannya, Jennifer Lawrence mendedahkan bahawa Leonardo berbogel di dalam kereta untuk memanaskan badan setelah berjaya menyelamatkan kedua-dua anjingnya daripada lemas. – Agensi

    Leonardo DiCaprio terjun ke dalam tasik untuk menyelamatkan dua ekor anjing peliharaannya semasa penggambaran filem terbaharu Don’t Look Up di Boston, Amerika Syarikat. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun lulus ubat Alzheimer oleh Eisai & Biogen

    TOKYO, 26 SEPT - Kementerian kesihatan Jepun pada kelmarin meluluskan pengeluaran dan penjualan ubat untuk penyakit Alzheimer yang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal Jepun Eisai...