Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Lepas ‘gian’ walaupun kod merah

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JAN – Dua lelaki termasuk seorang yang keluar semasa tempoh kuarantin telah ditahan semasa rondaan pencegahan jenayah yang dijalankan keanggotaan Polis Marin, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) di kawasan perairan Brunei, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, keanggotaan Polis Marin telah menahan sebuah perahu bersama dua orang individu berkenaan, masing-masing warga tempatan dan penduduk tetap berusia 31 dan 32 tahun, yang didapati dalam keadaan mencurigakan di kawasan Kampung Sungai Bunga, Daerah Brunei dan Muara pada awal pagi.

    Pemeriksaan ke atas kedua-dua suspek berkenaan telah mendapati salah seorang daripadanya mempunyai kod BruHealth berwarna merah, dipercayai telah keluar semasa tempoh kuarantin.

    Pemeriksaan selanjutnya mendapati satu paket straw berisi pecahan dan ketulan hablur dipercayai dadah bersama peralatan-peralatan penyalahgunaan dadah yang tersimpan di dalam beg sandang suspek.

    Kedua-dua suspek berserta perahu yang digunakan dibawa ke Pangkalan Polis Marin bagi tindakan dan siasatan awal.

    Penyiasatan kes seterusnya diserahkan kepada pihak Biro Kawalan Narkotik (BKN) bagi siasatan selanjutnya.

    Kenyataan menekankan, dalam situasi negara berusaha mengekang dan mengawal penularan wabak COVID-19 ini, pasukan barisan hadapan terutama sekali pihak keselamatan dan penguatkuasaan sentiasa utuh dan tidak kendur-kendur dalam menjalankan tugasan teras bagi mengawal dan memastikan undang-undang sentiasa ditanai dan dipatuhi sepenuhnya.

    PPDB juga menyeru orang ramai agar sentiasa bekerjasama dalam menyalurkan dan mengongsikan sebarang maklumat mengenai sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang kepada pihak penguatkuasaan bagi tindakan sewajarnya.

    Perahu yang digunakan kedua-dua individu tersebut dirampas oleh PPDB.
    Antara barangan yang ditemui semasa pemeriksaan oleh PPDB.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...