Tuesday, May 30, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Les Ferdinand ingin hapus sifat perkauman

    HAYES, UNITED KINGDOM, 19 OKT – Sifat perkauman dapat dihapuskan daripada bola sepak jika pihak berkuasa mengambil berat, kata Les Ferdinand, bekas pemain penyerang Newcastle dan England dan kini pengarah bola sepak di kelan London QPR, kepada AFP.

    Pemain berusia 54 tahun yang dikenali sebagai ‘Sir Les’ adalah salah seorang pemain yang digeruni semasa zamannya di Queens Park Rangers, Newcastle dan Tottenham – dan mengalami ejekan perkauman bertahun-tahun dari penyokong.

    Sifat perkauman dalam bola sepak kembali berlaku pada tahun ini ketika pemain berkulit hitam England, Bukayo Saka, Jadon Sancho dan Marcus Rashford telah diejek dalam media sosial berikutan kegagalan menyempurnakan penalti semasa pertandingan akhir Euro 2020 dengan Itali.

    Pemain England juga telah diejek di Budapest ketika menentang Hungary dalam kelayakan Piala Dunia 2022.

    “Bola sepak telah menjadi arena di masa lalu di mana orang boleh datang dan menyuarakan pendapat mereka mengenai warna kulit awda dan melemparkan pisang ke padang dan terlepas daripada sebarang akibat,” beritahu Ferdinand kepada AFP di kemudahan latihan QPR di barat London.

    “Hal itu berbeza sekarang dan orang ramai akan dipertanggunjawabkan atas tindakan mereka ketika mereka melakukan perkara seperti itu. – AFP

    Sifat perkauman dapat dihapuskan dari bola sepak jika pihak berkuasa memedulikannya, beritahu Les Ferdinand, bekas pemain penyerang Newcastle dan England dan kini pengarah bola sepak di kelabLondon QPR – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea Utara akan lancar satelit pengintip tentera

    SEOUL, 30 MEI - Korea Utara berkata pada hari ini ia akan melancarkan satelit pengintip tentera pertamanya pada Jun dan menyifatkan peninjauan berasaskan angkasa...
    - Advertisment -