Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Lesen terbang mungkin ‘penipuan dalam talian’

    KOTA BHARU, 1 FEB – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak menolak kemungkinan kegiatan menjual ‘lesen terbang’ secara dalam talian mempunyai kaitan dengan sindiket penipuan dalam talian atau ‘scammer’.

    Ketua Pengarahnya Datuk Zailani Hashim berkata ia selepas pihaknya melakukan penyamaran serta melakukan pembayaran kepada sindiket berkenaan, namun akhirnya wang itu didapati lesap begitu sahaja. Beliau berkata JPJ sedang giat menyiasat serta memantau dengan teliti bagi mengesan dan mengambil tindakan selanjutnya terhadap sindiket berkenaan.

    “Isu lesen terbang ini bukan baharu, apabila ada kes kita akan selesaikan termasuk dengan mengambil inisiatif melakukan penyamaran dan sebagainya. Kita bayar dekat sindiket berkenaan (untuk mengesannya), namun wang itu lesap.

    “Kita juga ada melakukan semakan dengan Cyber Security Malaysia (CSM) untuk melihat ‘domain’ bagi mengesan URL terlibat, itu penyelesaian yang kita akan lakukan apabila ia melibatkan penipuan dalam talian,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Ops Penguatkuasaan sempena musim perayaan Tahun Baru Cina 2022 JPJ Kelantan di Terminal Bas Lembah Sireh, di sini malam tadi, yang turut dihadiri oleh Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat.

    Zailani berkata JPJ turut berkerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan pemantauan ke atas tawaran bagi memiliki lesen terbang itu. 

    “Jabatan kami ingin menegaskan, tidak ada satu situasi pun mana-mana orang di negara kita boleh mendapatkan lesen melalui bayaran kepada pihak-pihak berkenaan. Setakat tahun ini juga, tiada kes membabitkan ‘scammer’ sindiket berkenaan dikesan,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...