Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Lestarikan pembelajaran sepanjang hayat

    Oleh Salawati Haji Yahya

    TUTONG, 25 JAN – Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Tutong kini mempunyai sudut bacaan baharu sebagai usaha melestarikan pembe-lajaran sepanjang hayat untuk melahirkan masyarakat yang bermaklumat, berkemahiran dan berpengetahuan.

    Perasmian sudut bacaan di pejabat berkenaan telah disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Pentadbiran, Jabatan Pentadbiran Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Mohd Shamsul Riza bin Haji Sulaiman selaku tetamu kehormat majlis.

    Majlis turut menyaksikan penyerahan buku daripada pihak Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang telah disampaikan oleh Pemangku Timbalan Pengarah DBP, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dayang Emi Suryaney binti Haji Hipny kepada tetamu kehormat majlis.

    Sudut bacaan tersebut merupakan salah satu perkhidmatan yang ditawarkan oleh DBP sebagai penambah sumber bacaan dan rujukan bagi pegawai dan kakitangan di pejabat berkenaan mengikut subjek yang bersesuaian.

    Sudut berkenaan mempunyai kira-kira 100 buah buku dan majalah dalam bahasa Melayu dan Inggeris, yang mana buku-buku di sudut tersebut akan ditukar setiap tiga bulan mengikut keperluan dan permintaan daripada pihak Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Tutong.

    Dayang Emi Suryaney menyampaikan buku-buku dari Perpustakaan DBP kepada Haji Mohd Shamsul Riza. – Gambar serahan DBP
    Haji Md Shamsul Riza melihat lebih dekat buku-buku yang terdapat di sudut berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...