Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Feb – Dalam usaha memberi kesederaan terhadap permainan tradisi Brunei yang pada masa ini sudah jarang dimainkan, Jabatan Bahasa Melayu dan Melayu Islam Beraja (MIB), Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SM YSHHB) telah menganjurkan Pesta Permainan Tradisi sempena Minggu Bahasa Melayu dan Hari Kebangsaan Brunei ke-34, hari ini.
Pesta yang berlangsung di ruang lobi SM YSHHB itu melibatkan semua pelajar sekolah berkenaan termasuk Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) YSHHB, sekolah rendah dan sekolah menengah dalam usaha memeriahkan lagi Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam tahun ini.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)