Friday, December 6, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lestarikan tulisan Jawi ke generasi penerus

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 NOV – Tulisan Jawi merupakan sebahagian daripada warisan budaya yang harus dilestarikan dan diwariskan kepada generasi seterusnya.

    Di samping itu, ia juga merupakan satu simbol budaya yang bukan sahaja indah dari segi seni, tetapi dipenuhi dengan nilai sejarah yang perlu dipertahankan.

    Namun apa yang berlaku sekarang, usaha untuk mempertahankan tulisan Jawi ini dilihat semakin berkurang dan sering diabaikan.

    Perkara ini ditegaskan oleh Ra’es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Profesor Madya Dr Haji Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani semasa menyampaikan ucapan perasmian di Majlis Peraduan Menulis Nama dan Tandatangan Dalam Tulisan Jawi bagi Pelajar-pelajar Sekolah Rendah di Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Dewan Tarbiah, kolej berkenaan, hari ini.

    Beliau seterusnya menjelaskan, peraduan ini bukan hanya mengenalkan pelajar terhadap tulisan Jawi dengan lebih dekat lagi, namun dapat menggalakkan murid dalam mempelajari, menghargai, seterusnya mengembangkan dan memelihara seni tulisan Jawi ini dalam jiwa mereka bermula daripada peringkat kecil.

    Inisiatif seperti ini adalah sangat penting dalam mengukuhkan jati diri Melayu Islam Beraja (MIB) dalam diri pelajar, jelasnya, dan seterusnya dapat melahirkan modal insan yang berilmu, berintegriti dan berwawasan demi menjamin kesinambungan serta kemajuan warisan ilmu Islam dalam kehidupan moden hari ini.

    Katanya lagi, “Bertepatan dengan inisiatif menjalankan aktiviti peraduan ini, sedikit sebanyak akan memupuk rasa cinta kepada warisan budaya Melayu serta memperkasakan kemahiran menulis dan mengenal huruf-huruf Jawi dengan betul dan indah.

    “Peraduan ini juga bukan sahaja bertujuan untuk mengasah kemahiran menulis dalam tulisan jawi, tambahnya, tetapi juga untuk mendekatkan diri kita, terutama generasi muda, kepada khazanah warisan bangsa yang kaya dan bernilai ini,” tambahnya.

    Beliau turut berbangga melihat kesungguhan dan keinginan pelajar dalam menguasai kemahiran ini, selain percaya dengan semangat yang ada, kita dapat sama-sama memartabatkan tulisan Jawi sebagai satu identiti dan warisan yang tak ternilai.

    Peraduan anjuran bersama Pusat Pengajian Jawi dan Kitab Turath (PPJKT), KUPU SB, Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan, dan ahli-ahli Muzakarah Perkembangan Tulisan Jawi di Negara Brunei Darussalam.

    Profesor Madya Dr Haji Abdul Nasir semasa menghadiri majlis tersebut. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    ATAS & BAWAH: Antara pelajar yang menyertai peraduan menulis nama dan tandatangan dalam tulisan Jawi yang diadakan kelmarin. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda