Lesti D’Academy ucap tahniah kepada Rizki

Penyanyi popular Indonesia Lesti Kejora mengucapkan tahniah kepada bekas kekasihnya, Rizki Syafaruddin yang selamat mendirikan rumah tangga baru-baru ini

Menerusi Instagram, bekas peserta program D’Academy ini mendoakan supaya Rizki menjalani alam perkahwinan penuh bahagia bersama isteri Nadya Mustika Rahayu.

“Selamat berbahagia Rizki dan Kak Nadya. Semoga sakinah mawadah warohmah! Amin,” tulisnya.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut berkongsi foto kenangan ketika berada di majlis perkahwinan pasangan tersebut.

Perkongsian Lesti itu menerima lebih 500,000 tanda suka dan ribuan komen daripada pengikut.

Lesti dan Rizky sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta ketika mereka menyertai program D’Academy pada tahun 2015.

Bagaimanapun, hubungan mereka dikatakan berakhir awal tahun ini. – Agensi

Lesti dan Rizky sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta ketika mereka menyertai program D’Academy pada tahun 2015. – Agensi