Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Lesti Kejora masih trauma

    Penyanyi Lesti Kejora dibenarkan pulang ke rumah selepas empat hari ditahan di hospital bagi menerima rawatan kecederaan yang dialaminya selepas didakwa menjadi mangsa pukul suaminya, Rizky Billar.

    Memetik laporan Detik.Com, Lesti mengambil keputusan untuk tidak pulang ke rumah sebaliknya memilih kediaman lain yang lebih selamat.Menurut Ketua Perhubungan Awam Polda Metro Jaya Kombes Pol E Zulpan, Lesti kini berada tempat yang selamat namun dirahsiakan lokasi.

    “Lesti tidak mahu serumah dengan Muhammad Rizky kerana trauma. Lesti kini berada di tempat yang tidak perlu saya katakan tetapi dia berada di tempat selamat,” katanya.

    Berkongsi tentang perjalanan kes ini, pihaknya menyatakan bahawa polis kini sedang menyiasat tiga orang saksi keganasan yang berlaku pada penyanyi berkenaan.

    Pihaknya juga telah menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) rumah pasangan tersebut.

    “Penyiasat telah mengambil keterangan saksi yang merupakan pembantu rumah pasangan tersebut dan juga pekerja Leslar Entertaiment.

    “Polis juga telah mendapatkan bukti lain di CCTV rumah mereka,” katanya lagi.

    Dalam pada itu, pihak polis juga telah memanggil Rizky Billar untuk disoal siasat berhubung keganasan rumah tangga yang dilakukan terhadap Lesti Kejora. – Agensi

    Lesti mengambil keputusan untuk tidak pulang ke rumah sebaliknya memilih kediaman lain yang lebih selamat. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...