Letak jawatan bukan perancangan – Zuckerberg

WASHINGTON, 21 Nov – CEO Facebook, Mark Zuckerberg semalam berkata beliau tidak merancang untuk meletak jawatan, selepas media sosial itu melalui tahun yang sukar.

“Ia tidak ada dalam perancangan,” beritahu Zuckerberg kepada CNN Business semasa ditanya jika beliau akan mengundur diri sebagai pengerusi.

Beliau juga mempertahankan ketua pegawai operasi Facebook Sheryl Sandberg yang berdepan kritikan mengenai cara pengendalian krisis yang dihadapi oleh syarikat gergasi sosial media itu.

“Sheryl merupakan orang penting dalam syarikat ini dan mengetuai usaha-usaha dalam menangani isu-isu besar yang kami hadapi,” kata Zuckerberg.

“Beliau telah menjadi rakan penting saya selama 10 tahun. Saya berbangga dengan kerja yang kami lakukan bersama dan saya harap kami akan bekerjasama untuk lebih lama lagi.”

Facebook berdepan masalah yang berterusan tahun ini selepas bergelut dengan masalah daripada penggunaan Rusia terhadap platform itu sehingga campur tangan pilihan raya presiden AS 2016, skandal Cambridge Analytica di mana data pengguna digunakan untuk membantu Donald Trump dan pelanggaran keselamatan yang melibatkan berjuta-juta akaun.

Baru-baru ini, menurut kertas siasatan telah didedahkan minggu lepas oleh The New York Times, Facebook telah memperdaya orang awam mengenai campur tangan Rusia dalam pilihan raya dan menggunakan firma PR untuk menyebarkan cerita negatif mengenai syarikat-syarikat Silicon Valley yang lain.

“Bagi saya ia tidak jelas di mana laporan itu adalah betul,” kata Zuckerberg mengenai artikel Times.

“Banyak perkara yang terdapat di dalam laporan itu, kami telah bercakap dengan para wartawan dan memberitahu mereka apa yang kami lihat adalah tidak benar namun mereka memilih untuk mencetak.” – AFP

Gambar fail pada 24 Mei 2018 menunjukkan Mark Zuckerberg semasa menyampaikan ucapannya pada pameran perdagangan VivaTech, Paris. CEO Facebook itu berkata beliau tidak merancang untuk meletak jawatan selepas Facebook melalui tahun yang sukar. – AFP