Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Letak pelekat di potret raja, lelaki Thailand kena penjara

    BANGKOK, 4 MAC – Seorang lelaki Thailand dijatuhkan hukuman penjara dua tahun hari ini kerana mencabuli undang-undang fitnah raja yang keras, dengan meletakkan pelekat di potret raja Thailand pada perhimpunan bantahan besar-besaran pada tahun 2020.

    Ia merupakan hukuman pertama daripada tuduhan lese majeste berkaitan protes itu, kata Peguam Thailand bagi Hak Asasi Kemanusiaan (TLHR), dengan beribu-ribu berarak menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Prayut Chan-O-Cha dan menyeru bagi reformasi ke atas monarki negara yang tidak boleh disentuh.

    Namun gerakan demonstrasi itu reda apabila kes Covid meningkat dan pihak berkuasa menahan kebanyakan ketuanya.

    Narin merupakan antara sekitar 160 aktivis yang dikenakan tuduhan jenayah di bawah undang-undang lese majeste Thailand – yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun setiap pertuduhan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...