Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Let’s Raya buka tirai

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 APRIL – Acara fesyen eksklusif sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri anjuran Thevent Co, Let’s Raya membuka tirainya hari ini di An-Naura, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan), di sini.

    Acara yang diadakan buat kali keempat itu telah dirasmikan oleh Pengiran Seti Aminah binti Pengiran Othman selaku tetamu kehormat majlis.

    Turut hadir ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Wadood Bolkiah; Pengarah Urusan Thevent Co, Awang Hambali bin Pehin Dato Haji Mohd Salleh, rakan-rakan kongsi dan penaja acara berkenaan serta para jemputan khas.

    Let’s Raya juga disertai oleh NBT (B) Sdn Bhd selaku rakan acara, Cuckoo (B) International, Aewon Garment & Embroidery Sdn Bhd, Oregon Systems, IBIC (B) Sdn Bhd, imagine Sdn Bhd dan DST yang menawarkan pelbagai promosi perkhidmatan jalur lebar terkini.

    Let’s Raya kali ini diilhamkan oleh trend pengguna semasa di samping menjadikannya sebagai acara sehenti di satu tempat yang direka khas dengan penuh elegan dan berkualiti.

    Pengunjung boleh mendapatkan pelbagai pilihan barangan fesyen dan gaya hidup termasuk pakaian raya, selendang, alat solek, aksesori kediaman dan banyak lagi sepanjang empat hari acara berlangsung.

    Selain itu, acara turut menjemput pengusaha lain mengikut cita rasa orang ramai seperti pengusaha makanan, gaya hidup, kereta dan banyak lagi.

    Let’s Raya juga menawarkan produk fesyen berjenama seperti Charles and Keith, Zaraks, Milymaryam dan Pokoks.

    Sementara itu, NBT (B) Sdn Bhd akan menawarkan promosi Raya terbaharu.

    YAM Pengiran Anak Haji Abdul Wadood Bolkiah dan Pengiran Seti Aminah mengunjungi salah satu petak jualan di An-Naura, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...