Thursday, October 10, 2024
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Let’s Raya’ kembali

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Mei – Acara fesyen eksklusif Brunei ‘Let’s Raya’, anjuran Thevent Co telah mengadakan sidang media dan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama rakan kongsi, yang berlangsung di Kompleks Membeli-belah Timesquare.

    Majlis Penandatangan MoU ditandangani oleh wakil dari Bank Baiduri, Cuckoo International Sdn Bhd dan Kotak Senyum.

    Hadir menandatangani MoU  bagi Thevent Co ialah Pengarah Urusannya, Awang Hambali bin Pehin Dato Haji Mohd Salleh dan disaksikan oleh Pengurus Acara Thevent Co, Dayang Siti Noor Aqeelah binti Ahmad Sanusi.

    Majlis turut dihadiri oleh para wakil rakan kongsi acara, rakan media dan para jemputan khas.

    ‘Let’s Raya’, yang kali ini akan diadakan di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa pada hujung Mei, merupakan inspirasi bagi trend pengguna semasa dan menjadi ia satu hab untuk mendapatkan fesyen terkini dan moden serta berkualiti.

    Sesi bergambar ramai semasa majlis menandatangani memorandum persefahaman bersama rakan kongsi.

    Sambutan hangat daripada orang ramai bagi ‘Let’s Raya’ yang pertama tahun lepas telah mendorong pihak penganjur untuk mengadakan acara kedua dan berharap dapat memberikan yang lebih baik lagi.

    Acara kemuncak adalah mempamerkan pakaian dengan fesyen terkini di mana lebih daripada 70 jenama fesyen terkenal, butik dan aksesori kecantikan turut serta dalam acara berkenaan.

    Ini termasuk Fazbulous oleh Fazura, Owl oleh Nora Danish, Pokoks Kids, Tiga Little Ahmads oleh Dato Fazley Yaakob, Starvilion, Charles dan Keith dan banyak lagi.

    Pengunjung juga berpeluang untuk menemui artis-artis terkenal di mana mereka akan mempromosikan jenama fesyen mereka pada sepanjang acara berlangsung.

    Di samping itu, cabutan harian juga akan diadakan di mana orang ramai berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik.

    Orang ramai juga boleh menikmati membeli-belah tanpa tunai dengan hanya menggunakan kad kredit atau kad debit Baiduri mereka serta berpeluang mendapat hadiah bertuah.

    Selain Bank Baiduri, ‘Let’s Raya’ 2019  juga disokong oleh DST Communications Sdn Bhd (DST) sebagai telco rasmi acara, Kristal Media (KFM) sebagai radio penyiaran acara; penyedia pengangkutan rasmi acara, NBT (B) Sdn Bhd; penyedia perkhidmatan CCTV rasmi, Oregon Systems; rakan kongsi acara, Cuckoo International (B) Sdn Bhd dan pakaian rasmi acara, Aewon Garment and Embroidery.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda